Powered by Blogger.

Bahan Bantu Belajar untuk Pengajaran dan Pembelajaran Isipadu Cecair Tahun 2

Sunday, November 21, 2010

Topik Isipadu Cecair mula diperkenalkan kepada murid ketika berada di tahun dua. Murid selalunya menghadapi masalah untuk menguasai konsep asas isipadu cecair. Bahan maujud merupakan bahan bantu mengajar yang amat sesuai untuk membantu murid mengusai konsep tersebut. Bahan-bahan berikut merupakan sebahagian contoh bahan yang boleh digunakan oleh guru. Jag pelbagai saiz dan bentuk serta cawan merupakan bahan yang mudah alih serta mudah didapati. Cecair berwarna pula digunakan untuk memudahkan murid memerhatikan aras cecair dalam bekas. Selain daripada bahan-bahan yang disyorkan dalam blog ini, guru juga boleh menggunakan silinder penyukat, bikar dan botol minuman.

Read more...

Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar pengajaran Isipadu cecair (Bahan Set- 2b)

Tuesday, November 16, 2010

Cadangan aktiviti untuk murid lemah (nota: berbeza pada bahagian lembaran kerja dan penutup aktiviti sahaja)
Topik                           : Isipadu Cecair
Subtopik                      : Pengenalan kepada Isipadu Cecair.
Objektif pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan
                                      pengukuran tidak standard.

Hasil Pembelajaran      : Membanding isipadu cecair dalam dua bekas.

Tatabahasa                  : Isipadu, lebih banyak, kurang daripada.

Bahan Bantu Belajar   : jug, teko, cawan dan cecair berwarna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.      Guru menunjukkan sebuah jag dan sebuah teko.
2.      Murid diminta menyatakan bekas yang mana satu mempunyai kapasiti yang lebih banyak. Tetapi sebelum itu, guru menerangkan makna kapasiti kepada murid (kapasiti ialah jumlah isipadu cecair yang boleh ditampung oleh sebuah bekas, contohnya kapasiti bagi sebiji botol ialah dua cawan air).
3.      Seorang murid diminta mengisi air ke dalam teko dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi teko sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 7 cawan)
4.      Seorang murid lagi diminta mengisi air ke dalam jag dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi jag sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 6 Cawan)
5.      Murid dibimbing membuat kesimpulan daripada aktiviti di atas iaitu, teko mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding jag.
6.      Guru menulis ayat berikut di papan tulis:
·         Isipadu teko = 7 cawan
·         Isipadu jag = 6 cawan
·         Teko mengisi air lebih banyak daripada jag.
·         Jag mengisi air kurang daripada teko.
7.      Guru meminta seorang lagi murid mengisikan air dalam teko ke sebuah jag yang lain.
8.      Murid dibimbing menyatakan kesimpulan daripada aktiviti tadi iaitu teko dan jag kedua mempunyai kapasiti yang sama.
9.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Sila rujuk lembaran kerja 4)
10.  Murid dan guru membincangkan jawapan bagi lembaran kerja.
11.   Guru menerangkan sekali lagi cara untuk mengetahui bekas yang mana satu lebih besar kapasiti iaitu memasukkan cecair dengan menggunakan cawan yang sama pada kedua-dua bekas, atau memasukkan cecair yang terdapat pada bekas pertama ke bekas kedua. Jika cecair pada bekas pertama memenuhi bekas kedua bermakna kedua-duanya mempunyai kapasiti yang sama atau sebaliknya).

Read more...

Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar pengajaran Isipadu cecair (Bahan Set- 2a)

Cadangan aktiviti untuk murid cerdas
Topik                           : Isipadu Cecair
Subtopik                      : Pengenalan kepada Isipadu Cecair.
Objektif pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan
                                      pengukuran tidak standard.

Hasil Pembelajaran      : Membanding isipadu cecair dalam dua bekas.

Tatabahasa                  : Isipadu, lebih banyak, kurang daripada.

Bahan Bantu Belajar   : Jag, teko, cawan dan cecair berwarna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.      Guru menunjukkan sebuah jag dan sebuah teko.


2.      Murid diminta menyatakan bekas yang mana satu mempunyai kapasiti yang lebih banyak. Tetapi sebelum itu, guru menerangkan makna kapasiti kepada murid (kapasiti ialah jumlah isipadu cecair yang boleh ditampung oleh sebuah bekas, contohnya kapasiti bagi sebiji botol ialah dua cawan air).
3.      Seorang murid diminta mengisi air ke dalam teko dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi teko sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 7 cawan)

4.      Seorang murid lagi diminta mengisi air ke dalam jag dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi jag sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 6 Cawan)

5.      Murid dibimbing membuat kesimpulan daripada aktiviti di atas iaitu, teko mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding jag.
6.      Guru menulis ayat berikut di papan tulis:
  • Isipadu teko = 7 cawan
  • Isipadu jag = 6 cawan
  • Teko mengisi air lebih banyak daripada jag.
  • Jag mengisi air kurang daripada teko.

7.      Guru meminta seorang lagi murid mengisikan air dalam teko ke sebuah jag yang lain.
8.      Murid dibimbing menyatakan kesimpulan daripada aktiviti tadi iaitu teko dan jag kedua mempunyai kapasiti yang sama.
9.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Sila rujuk lembaran kerja 3)
10.  Murid dan guru membincangkan jawapan bagi lembaran kerja.
11.   Murid diminta menyatakan cara untuk mengetahui bekas yang mana satu lebih besar kapasiti. (Jawapan: memasukkan cecair dengan menggunakan cawan yang sama pada kedua-dua bekas, atau memasukkan cecair yang terdapat pada bekas pertama ke bekas kedua. Jika cecair pada bekas pertama memenuhi bekas kedua bermakna kedua-duanya mempunyai kapasiti yang sama atau sebaliknya).

Read more...

Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar pengajaran Isipadu cecair (Bahan Set-1b)

Cadangan aktiviti untuk murid lemah
Topik                           : Isipadu Cecair
Subtopik                      : Pengenalan kepada Isipadu Cecair
Objektif pembelajaran : Memahami istilah-istilah yang terdapat dalam Isipadu cecair

Hasil Pembelajaran      : Menggunakan istilah-istilah yang terdapat dalam Isipadu Cecair dalam 
                                      konteks yang tepat.

Tatabahasa                  : Kosong, separuh, penuh, kapasiti, isipadu.

Bahan Bantu Belajar   : gelas, jug, bikar dan cecair berwarna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.      Guru meminta murid meneka bahan-bahan yang terdapat di dalam kotak.
2.      Guru menujukkan sebuah bikar kepada murid-murid dan menyatakan bahawa bikar tersebut adalah kosong.
3.      Guru memasukkan semula cecair yang terdapat di dalam bikar ke dalam jug kemudian, meminta murid menyatakan apakah isipadu cecair yang terdapat di dalam bikar.               (Jawapan: tiada isipadu cecair kerana bikar telah kosong)
4.      Guru menerangkan makna kosong kepada murid.
5.      Murid diminta mengisi bikar sehingga separuh penuh, penuh dan juga mengosongkan bikar, secara berkumpulan. Guru memantau aktiviti murid.
6.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Sila rujuk lembaran kerja 2)
7.      Murid dan guru membincangkan jawapan bagi lembaran kerja.
8.      Murid diminta menerangkan makna separuh, penuh dan kosong dengan menggunakan cecair berwarna dan bikar.

Read more...

Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar pengajaran Isipadu cecair (Bahan Set- 1a)


Cadangan aktiviti untuk murid cerdas
Topik                           : Isipadu Cecair
Subtopik                      : Pengenalan kepada Isipadu Cecair
Objektif pembelajaran : Memahami istilah-istilah yang terdapat dalam Isipadu cecair

Hasil Pembelajaran      : Menggunakan istilah-istilah yang terdapat dalam Isipadu Cecair dalam 
                                      konteks yang tepat.

Tatabahasa                  : Kosong, separuh, penuh, kapasiti, isipadu.

Bahan Bantu Belajar   : gelas, jag, bikar dan cecair berwarna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.      Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka faham tentang maksud kosong, separuh, penuh, dan isipadu.
2.      Guru menyatakan kepada murid bahawa sememangnya sukar menerangkan maksud perkataan-perkataan tadi. Maka itu, bahan-bahan yang terdapat dalam kotak akan dapat membantu menerangkan maksudnya.
3
Guru meminta murid meneka bahan-bahan yang terdapat di dalam beg kertas.


4.      Seorang murid diminta memasukkan cecair berwarna ke dalam bekas sehingga separuh.
 


5.      Guru menerangkan maksud separuh berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh murid tadi.
6.      Seorang murid memasukkan cecair berwarna ke dalam bekas lain sehingga penuh.


                                                                                        


7.      Guru menerangkan maksud penuh.
8.      Guru memasukkan cecair yang terdapat di dalam bekas pertama ke dalam jug lain kemudian, meminta murid menyatakan apakah isipadu cecair yang terdapat di dalam bekas tersebut.               (Jawapan: tiada isipadu cecair kerana bekas telah kosong)
 

9.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Sila rujuk lembaran kerja 1)
10.  Murid dan guru membincangkan jawapan bagi lembaran kerja.
11.  Murid diminta menerangkan makna separuh, penuh dan kosong dengan menggunakan cecair berwarna dan bikar.

Read more...

MEASURING VOLUME OF LIQUID (Pengukuran Isipadu Cecair)

Monday, October 11, 2010



Cadangan Aktiviti untuk video di atas.

1. Tunjukkan sebuah silinder kepada murid (sebaik-baiknya sediakan sebuah silinder bagi setiap kumpulan    
    murid).
2. Bimbing murid membaca ukuran yang terdapat pada silinder. Contohnya: 100 ml, 150 ml
3. Tunjukkan video pengukuran isipadu cecair.
4. Murid dibimbing memasukkan 100 ml, 200 ml, 350 ml, 700 ml air ke dalam silinder.
5. Murid diminta memasukkan 150 ml, 250 ml, 300 ml dan 650 ml air ke dalam silinder tanpa bimbingan
    guru.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP