Powered by Blogger.

Aktiviti dan Bahan Bantu Belajar pengajaran Isipadu cecair (Bahan Set- 2a)

Tuesday, November 16, 2010

Cadangan aktiviti untuk murid cerdas
Topik                           : Isipadu Cecair
Subtopik                      : Pengenalan kepada Isipadu Cecair.
Objektif pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan
                                      pengukuran tidak standard.

Hasil Pembelajaran      : Membanding isipadu cecair dalam dua bekas.

Tatabahasa                  : Isipadu, lebih banyak, kurang daripada.

Bahan Bantu Belajar   : Jag, teko, cawan dan cecair berwarna.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.      Guru menunjukkan sebuah jag dan sebuah teko.


2.      Murid diminta menyatakan bekas yang mana satu mempunyai kapasiti yang lebih banyak. Tetapi sebelum itu, guru menerangkan makna kapasiti kepada murid (kapasiti ialah jumlah isipadu cecair yang boleh ditampung oleh sebuah bekas, contohnya kapasiti bagi sebiji botol ialah dua cawan air).
3.      Seorang murid diminta mengisi air ke dalam teko dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi teko sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 7 cawan)

4.      Seorang murid lagi diminta mengisi air ke dalam jag dengan menggunakan cawan. Murid lain diminta mengira berapa cawan air yang telah digunakan untuk mengisi jag sehingga penuh dengan air. (Jawapan: 6 Cawan)

5.      Murid dibimbing membuat kesimpulan daripada aktiviti di atas iaitu, teko mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding jag.
6.      Guru menulis ayat berikut di papan tulis:
  • Isipadu teko = 7 cawan
  • Isipadu jag = 6 cawan
  • Teko mengisi air lebih banyak daripada jag.
  • Jag mengisi air kurang daripada teko.

7.      Guru meminta seorang lagi murid mengisikan air dalam teko ke sebuah jag yang lain.
8.      Murid dibimbing menyatakan kesimpulan daripada aktiviti tadi iaitu teko dan jag kedua mempunyai kapasiti yang sama.
9.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. (Sila rujuk lembaran kerja 3)
10.  Murid dan guru membincangkan jawapan bagi lembaran kerja.
11.   Murid diminta menyatakan cara untuk mengetahui bekas yang mana satu lebih besar kapasiti. (Jawapan: memasukkan cecair dengan menggunakan cawan yang sama pada kedua-dua bekas, atau memasukkan cecair yang terdapat pada bekas pertama ke bekas kedua. Jika cecair pada bekas pertama memenuhi bekas kedua bermakna kedua-duanya mempunyai kapasiti yang sama atau sebaliknya).

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP